CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 16, 2011

KAWAN....

kawan,


aku perlukan dirimu 


untuk menemani aku menjalani kehidupan ini  yang penuh dengan


lena ujian...


kawan,


aku perlukan dirimu untuk menemani aku andai


aku dilanda badai,


kawan,


aku perlukan dirimu untuk temani aku andai aku kecewa




kawan,


aku perlukan dirimu untuk temani aku andainya aku dilanda kegagalan


kawan, 


aku perlukan dirimu yang sentiasa pamerkan kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan 


dalam PERSAHABATAN kita.... dan..




kawan,


aku perlukan dirimu untuk tuntun ku kembali ke jalan yang diredhai-Nya




kawan, 


aku perlukan dirimu untuk kita bersama ke jannah yang hakiki...


InsyaAllah....


* hasil nukilan sahabat ku... ^_^

INGAT LAH!!!... orang lain....

INGATLAH!!!...




walaupun kubur lain-lain


walaupun dosa lain-lain


walaupun seksa neraka lain-lain



TETAPI....


ingatlah, yang memandikan jenazah kamu adalah ORANG LAIN


yang sembahyangkan jenazah kamu adalah ORANG LAIN


yang mengkafankan jenazah kamu adalah ORANG LAIN


yang kebumikan jenazah kamu adalah ORANG LAIN


jadi, janganlah menyusahkan Yang lain ORANG LAIN


dengan perangai kamu yang tidak disenangi orang lain...

p/s : Ustaz Azhar Idrus.. ^_^ renungan bersama....

Friday, December 9, 2011

buatmu yang teristimewa.... WANITA



~ seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali


~ seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh


~seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari 1000 orang lelaki jahat


~2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil




~wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikan.


~ wanita yang melayan baik suaminya yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahal jihad


~ wanita yang habiskan malamnya dengan tidur tidak selesa kerana kurang menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti = membebaskan 20 orang hamba


~ wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat


~wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang fisabilillah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan didalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.


~ wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya, Allah akan memeberi 20 tahun pahala ibadat.


~ wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan


~ wanita yang menguli tepung dengan "bismillah" Allah akan berkatkan rezekinya


~ wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah


~ wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suaminya , Allah akan mngizinkannya untuk memasuki dari mana-mana pintu syurga yang dia ingini.


~ wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari


~ wanita yang hamil juga akan mendapat pahala beribadat di malam hari


~ wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah mengurniakan satu pahala Haji


~ sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia dikira sebagai mati syahid


~ jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat


~jika wanita menyusui anaknya sampai cukup temph ( 2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat dilangit akan mendoakannya...


* selepas apew yang korang dah bace kat atas nie, korang mesti rase Ya Allah beruntungnyer aku dapat jadi seorang WANITA... ^_^ , tapi perlu juga kita ingat seseorang WANITA senangnya dia untuk masuk SYURGA Allah dan juga, senangnya dia untuk masuk ke NERAKA Allah... nauzubillah, renung2kannya wahai akhawat sekalian... ^_^ ..... InsyaAllah kalau adew input yang dirasakan penting dan ilmiah, akan anupdate kat blog nie...

Monday, November 28, 2011

tidak sempat...

~ tidak sempat buat maksiat coz sibuk dengan ibadat dan taat 
~ tidak sempat mazmumah singgah dalam hati sebab mahmudah menguasai segenap ruang hati
~ tidak sempat terpesona dengan harta haram sebab sibuk mengumpulkan harta yang halal
~ tidak sempat membazir sebab sibuk menderma
~tidak sempat terlajak subuh sebab sibuk mengejar keberkatan bangun awal dan beribadat saat fajar menyingsing
~ tidak sempat mensia-siakan masa sebab sedang sibuk dengan agenda sebagai khalifah dan hamba
~ tidak empat buat jahat kepada manusia dan makhluk lain sebab sibuk menyebarkan kasih sayang

Friday, November 18, 2011

:: sahabat ::

assalam...


tak tawu nak citer @ cakap apew.... tapi kan... sejak masuk smka nie, terus terang ckap mang banyak bukak mata kiter  untuk berubah menjadi yang lebih baik, walaupun selama nie x la nakal mane pun... hehehe.... tapi, kat skolah tue, tarbiah die mang best.. duduk dalam suasana Islam.. mang seronok, kiter takkan jumpe suasana tue kat skolah biasa... memang diakui kiter nie pown skolah aliran biase smpai form5... mungkin Allah nak tunjuk kat kiter yang die masih sayangkan kiter sume untuk ke jalanNya... kat sane jumpe kawan2 yang selalu tarik kiter bile kiter sume leka... yang selalu betulkan kiter bile salah, selalu bangunkan kiter bile jatuh... terima kasih kawan2ku : wan,yakkin,maz,am,alia,fatin,loye, pyqah n sume la... Ya Allah, mang kiter dh lame nk bi'ah mcm gini... tapi kat sini baru nampak... ^_^ bersyukur sangat... kat sane, baru blaja care2 nak jadi kawan yang 'sejati'... mudah2an sume akn kekal selamanya walaupun kitorang dah berpisah.... ^_^ . next year plak taun paling genting untuk kiter sume, exam stpm... tetapi kiter tetap kene ingat yang exam paling besar yang akn kiter sume hadapi ialah exam di depan Allah s.w.t . bak kata sorang ustaz yang bagi ceramah kat skolah semalam : 'jangan gila sangat dengan exam yg adew kat dunia nie, mang la kiter sume kene pulun, tapi INGAT! exam yang Allah wat akat akhirat nanti lagi besar.. keputusannya akan kekal selama2nya.... mcm mane amalan kiter sume dh siap kew???... tepuk dada tanya IMAN kome... ^_^. InsyaAllah, kiter harap sangat2 bile kiter sume berjaya nanti, jgn ler lupe persahabatan kiter sume yang pernah terjalin nie, walaupun tak lama mane, tapi mang terkesan dalam hati nie...  nie antara pics kiter mase outing dengan deme sume... ^_^...

Monday, February 21, 2011

~reSuLT exAm~....

assalamualaikum.. w.b.t..
 semoge berjaya kengkawan semua.... especially AA class for 06-08

lama jugak tak update blog nie... sekarang nie semua orang tengah demam pasal result exam,  tak kurang juge empunyer blog nie.... Ya Allah, takowt yang teramat sangat... result nie la yang menjamin mase depan @ yang tentukan mase depan kiter... kengkawan dah ramai yang hantar mesej yang diorang semua gementar... tak tahu dah nak cakap apew... harap2 kiter semua beroleh kejayaan yang terbaik... InsyaAllah.. adew yang tak kurang kengkawan yang dah tak sabar nak amek result... hehehe, kelakar la tengok gelagat kengkawan2 nie.. memang mencuit hati....... lepas dapat result nie, kiter fokuskan untuk sambung belajar ke mane plak... banyak course yang terbayang dalam kepala nie... tapi masih pening nak buat pilihan yang terbaik semoge  tak menyesal di kemudian hari....

Saturday, February 5, 2011

Syifa'

Syifa’ binti Abdullah al-Adawiyyah r.a.
Namanya Syifa’ binti Abdullah ibn Abd Syams al-Quraisyiyyah al-Adawiyyah. Ada pendapat mengatakan nama sebenarnya Laila binti Abdullah. Beliau adalah isteri kepada Abu Hathmah ibn Huzaifah ibn Ghanim al-Quraisy al-Adawi. Beliau dikurniakan seorang anak bernama Sulaiman bin Abu Hathmah, seorang lelaki yang dihormati sebagai orang yang kuat beragama di kalangan ummat Islam.
 
Kemuliaan
Nama adalah identiti dan pengenalan awal diri. Ia juga adalah sebuah doa dan harapan yang terawal dilakarkan oleh ibu bapa buat seorang anak. Sesuai dengan namanya Syifa’ memiliki kepakaran dalam istirqa’ iaitu suatu kaedah pengubatan dengan cara memberikan dorongan jiwa agar pesakit bermotivasi dan optimis untuk sembuh. Beliau adalah seorang sahabiah yang terkenal dengan kebaikan hatinya dan kepintarannya dan merupakan salah seorang daripada segelintir kau hawa Quraisy yang mahir menulis dan membaca. Beliau tergolong di kalangan sahabat dan sahabiah yang terawal memeluk Islam, ikut serta membaiah Rasulullah s.a.w. bersama sahabiah yang lain dan turut berhijrah ke Madinah.
Beliau turut memiliki kedudukan yang terhormat di sisi Ummahatul Mukminin, isteri-isteri Rasulullah s.a.w. As-Syifa’ sentiasa datang menjenguk Ummul Mukminin, Hafsah dan mengajarkannya menulis. Rasulullah s.a.w. telah menyuruh as-Syifa’ mengajarkan Hafsah menulis dan cara mengubati penyakit kulit dengan teknik ruqayyah. Diriwayatkan oleh Abu Daud, dari Syifa’ binti Abdullah bahawa dia berkata: “Rasulullah s.a.w. datang menjengukku dan aku sedang bersama Hafsah. Rasulullah berkata kepadaku, “Ajarkanlah Hafsah cara mengubati penyakit kulit dengan teknik ruqayyah sebagaimana engkau mengajarkannya menulis.”
 
Rasulullah s.a.w. menghormatinya dan bersaliturahim dengannya. Rasulullah s.a.w. juga telah memberinya sebuah rumah di Madinah. As-Syifa’ telah tinggal di rumah tersebut bersama anaknya Sulaiman.
 
                           
             
 
Kepakaran dalam Perubatan
Pada zaman jahiliyyah, Syifa’ binti Abdullah mengubati sakit kulit dengan menggunakan ruqayyah. Setelah memeluk Islam, dia telah datang bertemu Rasulullah untuk meminta izin agar dapat meneruskan pekerjaannya itu. Ibnu Qayyum berkata bahawa di zaman jahiliyyah as-Syifa’ menggunakan ruqayyah untuk mengubati penyakit kulit. Ketika turut serta dalam hijrah dan membaiah Nabi s.a.w. dia telah berkata kepada Rasulullah s.a.w.:
“Ya Rasulullah, pada zaman jahiliyyah aku mengubati penyakit kulit dengan cara ruqayyah dan aku ingin memperlihatkannya kepadamu.”
 
Syifa’ berkata, maksudnya: “Dengan nama Allah, sampai kembali ke asalnya dan tidak membahayakan seseorang pun. Ya Allah, Tuhan sekalian manusia. Hilangkanlah penyakit ini.”
 
Ibnu Qayyum berkata: “Syifa’ binti Abdullah membaca ruqayyah tersebut sebanyak tujuh kali ke atas sebuah dahan gaharu. Kemudian, dia menumbuknya sampai halus pada tempat yang bersih dengan menggunakan batu yang tajam. Setelah itu, dia akan menggoreskannya ke atas penyakit kulit tersebut.”
 
Setelah diizinkan oleh Rasulullah s.a.w. beliau meneruskan pekerjaannya itu.As-syifa’ juga menyertai beberapa peperangan sebagai tentera dan juga pasukan perubatan.
 
Bersama Umar al-Khattab
Syifa’ binti Abdullah mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Umar al-Khattab r.a. sebagaimana mulianya as-Syifa’ di sisi Rasulullah s.a.w. Sayyidina Umar selalu mengutamakan as-Syifa’ dalam hal pandangan. Bahkan, beliau turut memberi kepercayaan kepada as-Syifa’ dengan melantiknya sebagai seorang qadhi di pasar. As-Syifa’ adalah Muslimah pertama memegang jawatan itu. Beliau memikul tugas tersebut dengan penuh amanah dan tegas.
Pada suatu hari, as-Syifa’ elihat sekelompok anak muda berjalan dengan perlahan dan bercakap dengan lambatnya. As-Syifa’ bertanya: “Apa ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah ahli ibadah.” As-Syifa’ membalas: “Demi Allah! Dahulu Umar ibn Khattab berjalan dengan pantas, bercakap dengan lantang dan apabila memukul pasti sangat sakit dan dialah sebenarnya yang disebut sebagai ahli ibadah.”
 
Umar Ibn Khattab sentiasa datang menjenguk as-Syifa’ dan bertanyakan keadaannya, anak dan suaminya. Umar juga kerap membimbing mereka kepada kebaikan kalau keadaan memerlukan. Syifa’ binti Abdullah berkata: “Umar ibn Khattab datang ke rumahku. Dia melihat dua orang lelaki tertidur di rumahku (suami dan anak as-Syifa’). Umar ibn Khattab bertanya: “Ada apa dengan dua orang lelaki ini sehingga mereka tidak solat berjemaah dengan kami?” Aku menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Mereka berdua solat bersama yang lain – ketika itu bulan Ramadhan – mereka terus solat berdua sampai datang waktu Subuh. Setelah mereka solat Subuh, mereka tidur. Umar ibn Khattab berkata: “Solat Subuh berjemaah bersama yang lain lebih baik bagiku daripada solat sepanjang malam sampai datang Subuh.” Hal ini menunjukkan pemahaman fiqh Umar yang mendalam dan bimbingan halus daripadanya yang berlandaskan sunnah Rasulullah s.a.w dan anjuran untuk menghadiri solat jemaah.
 
As-Syifa’ dan Hadis Rasulullah s.a.w.
As-Syifa’ r.a. juga sempat meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. secara terus dan dari Umar al-Khattab. Adapun yang meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. daripada as-Syifa’ adalah anaknya Sulaiman, kedua cucunya Abu Bakar bin Sulaiman dan Utsman bin Sulaiman, hamba sahayanya Abu Ishaq dan Hafsah Ummul Mukminin.
 
Di antara riwayatnya, bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang sebaik-baik pekerjaan. Baginda menjawab: “Beriman kepada Allah, jihad di jalanNya dan haji yang mabrur.”
As-Syifa’ menghabiskan hayatnya untuk menuntut ilmu, beramal, berzuhud dan beribadah sehingga ajal menjemputnya pada zaman khalifah Umar al-Khattab pada tahun 20H.
Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dari Ilahi. Marilah kita berdoa: “Ya Allah, Tuhan sekalian manusia. Hilangkanlah penyakit ini.”
 
 

Thursday, January 27, 2011

keaiban yang ditutup oleh Allah s.w.t



Kita sebagai manusia merupakan makhluk yang bersifat lemah dan hamba yang penuh dengan kebergantungan kepada Allah SWT. Sepanjang kita hidup saban hari, kita tidak mungkin terlepas daripada melakukan dosa. Dosa yang kita lakukan itu boleh jadi secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi. Dosa yang terang-terangan akan mengundang rasa malu kita terhadap orang lain, melainkan jika hati kita sudah menjadi sekeras batu. Oleh itu, kita lebih banyak melakukan dosa yang tersembunyi. Dosa yang tidak siapa tahu melainkan kita dan Allah.

Daripada An Nawas bin Sam'an RA, Nabi SAW bersabda: "

Kebajikan itu keluhuran akhlak sedangkan dosa adalah apa-apa yang dirimu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya." (HR Muslim)


Kalau dibukakan segala dosa yang kita lakukan, tentu tidak akan ada sesiapa yang akan menghormati kita. Kalau Allah membuka segala dosa yang kita lakukan sembunyi-sembunyi baik dalam pandangan, pendengaran, perbuatan, ataupun lintasan hati, nescaya tidak akan ada pun manusia yang mahu memuji kita. Pujian yang manusia berikan adalah atas zahir yang terlihat mata. Namun, kita tentu lebih mengenali diri sendiri dan lebih tahu bagaimana status kita.


Apakah kita berasa sangat suci sehingga tidak pernah melakukan dosa di belakang manusia atau diri kita ini penuh dengan dosa rahsia? Misalnya di saat kita seorang diri melayari internet dan tidak ada mata lain yang melihat, apakah kita sudah melepasi batas penglihatan yang diizinkan Allah? Bagaimana dengan prasangka buruk dalam hati kita yang telah dilemparkan kepada sekian banyak manusia lain tanpa pengetahuan mereka? Bagaimana pula dengan perbuatan-perbuatan kita tatkala berseorangan?  Astaghfirullahalaziim, banyak sangat dosa kita!


Firman Allah:

"...Dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi..." (Surah Al-An'am:151)


Allah Maha Penyayang dan Dia tahu betapa lemahnya kita. Lalu Dia menutup keaiban-keaiban kita sehingga kita mampu berjalan di tengah-tengah manusia tanpa rasa malu, sekalipun kita telah melakukan segunung dosa di belakang mereka. Namun, adalah sesuatu yang sangat takabur jika dengan Allah pun kita tidak berasa malu. Bukankah Allah mengetahui apa yang tidak diketahui oleh manusia lain tentang diri kita? Maka, setiap kali kita ingin melakukan dosa di belakang manusia, ingatlah bahawa ada Allah yang lebih patut kita rasa malu kepadaNya berbanding manusia.


Mengapa? Kerana di akhirat kelak bukan manusia yang akan menghitung amalan kita. Allah yang paling tahu tentang diri kita dan Dia jugalah yang akan menghitung amalan kita. Hanya dengan rahmatNya kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Kalau kita merasakan lindungan Allah ke atas keaiban kita itu adalah satu zon selesa, maka kita silap. Boleh jadi keaiban yang Allah tutup sementara atas muka bumi ini akan dibukakan kepada seluruh umat manusia di akhirat kelak jika kita tak benar-benar bertaubat kepadaNya.


Kadang-kadang kita suka mencanangkan dosa orang lain, sekalipun dosa tersebut tidak diceritakannya kepada orang lain, hanya kepada kita. Ingatlah akan sebuah hadith:


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:

"...Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah Ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya..." (HR Muslim)


Hadis ini menyeru kita untuk memelihara keaiban orang lain. Sebagai timbal balik, Allah akan menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat. Subhanallah! Masihkah kita berhajat untuk mencanangkan dosa orang lain sehingga Allah juga akan membuka keaiban kita nanti? Malulah kepada Allah, takutlah kepada ancaman Allah. Jika kita hanya malu kepada manusia, kita tidak akan malu berbuat dosa di belakang mereka. Namun jika kita malu kepada Allah, kita akan sentiasa memelihara diri daripada dosa, dalam terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.


Waspadalah akan firman Allah:


"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (Surah An-Nuur: 19)


Apabila Allah telah menutup keaiban kita, janganlah pula kita yang membukanya. Setelah selesai dosa sembunyi-sembunyi kita, janganlah diceritakan kepada orang lain. Renungilah sebuah hadis di bawah:


Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).



Sungguh, Allah sentiasa menginginkan kebaikan bagi kita. Allah sentiasa membuka peluang dan ruang bagi kita untuk kembali bertaubat atas dosa yang kita lakukan di sebalik tabir. Namun, kita yang sebenarnya tidak mengambil peluang dan tidak menghargai tutupan-tutupan aib tersebut oleh Allah SWT. Setelah apa yang Allah lindungi daripada sekian banyak keaiban kita, apakah tidak wajar untuk kita bersyukur dan bertaubat? Renung-renungkan dan muhasabahlah diri kita, insyaAllah.


Saturday, January 15, 2011

buat wanita muslimah....


kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan istrinya; dan daripada
keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan
bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling
meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya
Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (QS An-Nisa [4] : 1)

“Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia
menciptakan istrinya, agar dia merasa senang kepadanya.” (QS Al-A’raf [7] : 189)
Hikmah dibaliknya adalah agar mereka dapat menemukan ketentraman hati
kepadanya, menikmati kebersamaan dengannya dan tempat menaruh kepercayaan
dan rahasia pribadinya, sehingga pada gilirannya dia (wanita) dapat menolongnya
dalam masa-masa sulit hidupnya dan juga agar dari mereka lahir keturunan yang
shalih, Allah berfirman:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri
dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan
dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.”
(QS Ar-
Ruum [30] : 21)

Ini adalah salah satu dari tanda-tanda Allah, yakni dalil yang menunjukkan
Kekuasaan dan Rahmat-Nya, dan haq-Nya sebagai satu-satunya Yang Diibadahi
tanpa sekutu. Allah telah menetapkan komunitas manusia terdiri dari dua jenis lakilaki
dan perempuan, sebagaimana Dia berfirman:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan
seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku
supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di
antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS Al-Hujarat [49] :
13)

Adapun penyatuan laki-laki dan perempuan melalui hubungan yang sah adalah
karunia Allah karena darinya memberikan maslahat yang besar, yang paling penting
adalah pembentukan masyarakat, pembentukan keluarga dan membangun rumah
tangga. Ini dari karunia Allah. Oleh karena itu, pentingnya perhatian khusus yang
diberikan kepada wanita dalam perspektif mengajari dan membimbingnya, dari
perspektif memilih wanita beragama yang shalihah, dari perspektif bergaul
dengannya dimana seorang laki-laki tidak menunjukkan kekuasaan atasnya dengan
menekan dan memperlakukannya dengan tidak wajar. Allah berfirman:
“Dan bergaullah dengan mereka secara patut.” (QS An-Nisa [4] : 19)

“Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang
mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan
perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan
perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan
perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara
kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah
telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (QS Al-Ahzab
[33] : 35)
Allah telah menjanjikan kepada kedua jenis ini, laki-laki dan perempuan, dengan
ampunan dan pahala yang besar karena memiliki kepribadian yang disebutkan Allah
(dalam ayat di atas). Maka sebagaimana Allah memerintahkan kepada laki-laki, Allah
juga memerintahkan kepada perempuan.

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci
bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".”
(QS An-Nuur [24] : 30)

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan

Thursday, January 13, 2011

pErsAhaBataN yaNg dIreDhai AllaH...


asslamualaikum w.b.t...

        disini ana nak kongsikan bersama.. mengenai persahabatan ana bersama rakan2 yang skolah ana yang lain... sejak di Tingakatan 1 sehinggalah ke  Tingakatan 5, ana memang banyak kawan, tetapi kawan yang boleh dikategorikan dalam pelbagai golongan yang berbeza seperti kawan,teman,& sahabat... ketiga2 kategori memang berbeza kalau kita boleh mengeti istilah tersebut dengan sebaiknya.... ana mempunyai kawan dari semua kategori, tetapi yang dari kategori 'sahabat' hanyalah segelintir tak ramai hanya dua orang... waktu di sekolah menengah rendah... ana dan rakan2 sekelas yang lain, selalu melakukan sesuatu perkara dengan saling bekerjasama dan kami semua saling menasihati, memperingatkan satu sama lain...
         apabila tamat menengah rendah, ana dan beberapa orang kawan yang lain telah berpindah ke sekolah lain...dan kami hanya akan mengadakan majlis untuk berjumpa semula... kami juga seringkali berjumpa di facebook ataupun bertukar2 cerita melalui sms dan sebagainya... akan tetapi sejak akhir2 nie, ana lihat segelintir kawan2 ana yang banyak berubah, terutama dari segi perhubungan ataupun lebih tepat pergaulan..
ana dah tak nampak apa yang kami semua pegang sejak di menengah rendah dulu... nasihat hanyalah tinggal nasihat..
        apabila ana dan kawan2 yang lain menegur, yang dibalas hanya lafaz 'insyaAllah'... tak tau ke mereka bahawa apa yang dilafazkan itu ialah janji dengan Allah! dengan izin Allah!...  mereka dah lupa ke apa itu batas pergaulan yang sebenar???!... ana berasa amat kecewa dengan sikap mcm itu... mereka tidak pernah memberikan penjelasan yang sebenar kepada ana dan rakan2 yang lain... macam mana kami semua mahu menganggap perkara tersebut??... malah, ada yang sanggup membela mereka dan dengan mudahnya melabelkan ana dan sahabat2 yang lain sebagai orang yang berlagak 'ALIM'.... ana dan rakan2 yang lain tak pernah menganggap diri kami semua sampai ke tahap itu, kami semua hanya ingin menyeru kepada kawan2 kami yang sejak kecil untuk melakukan amar ma'ruf nahi mungkar... kalau inilah yang dinamakan sebagai ujian dalam persahabatan & dakwah.. ana dan rakan2 yang lain redha kepada Allah, malah semangat kami semua kan lebih kuat untuk melakukan perkara tersebut... ana & rakan2 hanya mampu berdoa semoga Allah s.w.t membuka hati2 mereka untuk kembali mencurahkan kasih dan sayang hanyalah kkepada Allah, Rasul dan ibubapa.... InsyaAllah dengan doa dan usaha yang ana & rakan2 yang lain lakukan....

wasalam...

Tuesday, January 11, 2011

~ ~اول تجربة

assalamualaikum w.b.t...

      nie first experince saye wat blog... so simple coz sayer pown baru nak belajar buat blog nie... so, sesape yang baik hati @rajin bleh la ajarkan sayer care nak indahkan lagi blog nie... hehehe... skang nie sayer tengah cuti pnjang..... coz tengah tnggu result SPM.... doakan yang terbaik yer.... buat mase skrang saye jadi 'bibik' kat umah... sayer teringin nak buat blog nie pown after sayer tengok sayer cousin sayer punyer blog... so sweet... sayer rae nie la mase yang sesuai nak blajar... hehehe... nanti sayer smbung lagi...

wsalam.... ^_^