CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 13, 2011

pErsAhaBataN yaNg dIreDhai AllaH...


asslamualaikum w.b.t...

        disini ana nak kongsikan bersama.. mengenai persahabatan ana bersama rakan2 yang skolah ana yang lain... sejak di Tingakatan 1 sehinggalah ke  Tingakatan 5, ana memang banyak kawan, tetapi kawan yang boleh dikategorikan dalam pelbagai golongan yang berbeza seperti kawan,teman,& sahabat... ketiga2 kategori memang berbeza kalau kita boleh mengeti istilah tersebut dengan sebaiknya.... ana mempunyai kawan dari semua kategori, tetapi yang dari kategori 'sahabat' hanyalah segelintir tak ramai hanya dua orang... waktu di sekolah menengah rendah... ana dan rakan2 sekelas yang lain, selalu melakukan sesuatu perkara dengan saling bekerjasama dan kami semua saling menasihati, memperingatkan satu sama lain...
         apabila tamat menengah rendah, ana dan beberapa orang kawan yang lain telah berpindah ke sekolah lain...dan kami hanya akan mengadakan majlis untuk berjumpa semula... kami juga seringkali berjumpa di facebook ataupun bertukar2 cerita melalui sms dan sebagainya... akan tetapi sejak akhir2 nie, ana lihat segelintir kawan2 ana yang banyak berubah, terutama dari segi perhubungan ataupun lebih tepat pergaulan..
ana dah tak nampak apa yang kami semua pegang sejak di menengah rendah dulu... nasihat hanyalah tinggal nasihat..
        apabila ana dan kawan2 yang lain menegur, yang dibalas hanya lafaz 'insyaAllah'... tak tau ke mereka bahawa apa yang dilafazkan itu ialah janji dengan Allah! dengan izin Allah!...  mereka dah lupa ke apa itu batas pergaulan yang sebenar???!... ana berasa amat kecewa dengan sikap mcm itu... mereka tidak pernah memberikan penjelasan yang sebenar kepada ana dan rakan2 yang lain... macam mana kami semua mahu menganggap perkara tersebut??... malah, ada yang sanggup membela mereka dan dengan mudahnya melabelkan ana dan sahabat2 yang lain sebagai orang yang berlagak 'ALIM'.... ana dan rakan2 yang lain tak pernah menganggap diri kami semua sampai ke tahap itu, kami semua hanya ingin menyeru kepada kawan2 kami yang sejak kecil untuk melakukan amar ma'ruf nahi mungkar... kalau inilah yang dinamakan sebagai ujian dalam persahabatan & dakwah.. ana dan rakan2 yang lain redha kepada Allah, malah semangat kami semua kan lebih kuat untuk melakukan perkara tersebut... ana & rakan2 hanya mampu berdoa semoga Allah s.w.t membuka hati2 mereka untuk kembali mencurahkan kasih dan sayang hanyalah kkepada Allah, Rasul dan ibubapa.... InsyaAllah dengan doa dan usaha yang ana & rakan2 yang lain lakukan....

wasalam...

No comments:

Post a Comment